Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :
1.
Geran Agropreneur Muda (GAM)
Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangka masa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
Sektor Tanaman – RM20,000.00
2.
Pembiayaan
Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:
Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
3. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan
oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan.
Kumpulan Sasar
Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun.
Syarat-Syarat Asas Kelayakan Pemohon
Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
Warganegara Malaysia;
Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
Boleh membaca, mengira dan menulis;
Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA;
Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
Syarat Tambahan Permohonan Geran
Bagi individu yang telah menjalan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MOA adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan
Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran; dan
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.
Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.
Maklumat lanjut sila layari web dibawah.
👉https://www.moa.gov.my/agropreneur-muda
Coretan usahawan berjaya.

No comments:
Post a Comment